Friday, 28 April 2017

Assalamualaikum..
Alhamdulillah ad juga sedikit kesempatan utk up date blog ni..Hari ni mari kita tingkatkn ilmu sikit dalam bidang agama (fiqah solat)😊

Tajuk kita hari ni ialah "Berdoa Selepas Solat". Biasanya lepas solat, mesti kita terkejar-kejar nk settle kn byk urusan harian...Namun perkara yg satu ni jgn sesekali kita abaikan..Nak tahu tk kenapa??

Sbenarnya byk hadis yg membicarakan mengenai perkara ni..Antaranya...
  • Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah bersabda: "Wahai Muaz, aku menyayangi mu.Justeru, janganlah kamu tinggalkan berdoa setiap kali selepas solat dengan doa ini:
    • Ya Allah, tolonglah aku utk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadah kepada-Mu".(Riwayat Ahmad)
  • Abu Umamah berkata, seseorang bertanya: "Wahai Rasulullah, bilakah doa yang paling didengari (mustajab)?" Baginda bersabda, "Pada sepertiga akhir malam dan selepas solat fardhu." (Riwayat al-Tirmizi). 
Selain daripada itu, banyak juga ulama berpendapat sunat berdoa selepas solat fardu..
  • Imam al-Tabari memetik kata-kata Jaafar bin Muhammad al-Sadiq: "Berdoa selepas solat fardu lebih baik daripada berdoa selepas solat sunat. Sebagaimana kelebihan solat fardu berbanding solat sunat."
  • Imam al-Nawawi berkata dalam al Majmu': "Sesungguhnya kami telah menyatakan sunat berzikir dan berdoa bagi imam, makmum dan munfarid (berseorangan) iaitu selepas setiap solat tanpa khilaf."
Oleh itu, selepas ini luangkan sedikit masa selepas solat untuk kita berdoa walau sesibuk mana pun urusan kita.. 
 

No comments:

Post a Comment

Motivasi pagi

Assalamualaikum😊, Entry kali kita fokus pada bab motivasi sikit..Maklumlah exam dah semakin hampir.. Actually kata-kata👆tak berkai...