Alhamdulillah ad juga sedikit kesempatan utk up date blog ni..Hari ni mari kita tingkatkn ilmu sikit dalam bidang agama (fiqah solat)😊
Tajuk kita hari ni ialah "Berdoa Selepas Solat". Biasanya lepas solat, mesti kita terkejar-kejar nk settle kn byk urusan harian...Namun perkara yg satu ni jgn sesekali kita abaikan..Nak tahu tk kenapa??
Sbenarnya byk hadis yg membicarakan mengenai perkara ni..Antaranya...
- Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah bersabda: "Wahai Muaz, aku menyayangi mu.Justeru, janganlah kamu tinggalkan berdoa setiap kali selepas solat dengan doa ini:
- Ya Allah, tolonglah aku utk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadah kepada-Mu".(Riwayat Ahmad)
- Abu Umamah berkata, seseorang bertanya: "Wahai Rasulullah, bilakah doa yang paling didengari (mustajab)?" Baginda bersabda, "Pada sepertiga akhir malam dan selepas solat fardhu." (Riwayat al-Tirmizi).
- Imam al-Tabari memetik kata-kata Jaafar bin Muhammad al-Sadiq: "Berdoa selepas solat fardu lebih baik daripada berdoa selepas solat sunat. Sebagaimana kelebihan solat fardu berbanding solat sunat."
- Imam al-Nawawi berkata dalam al Majmu': "Sesungguhnya kami telah menyatakan sunat berzikir dan berdoa bagi imam, makmum dan munfarid (berseorangan) iaitu selepas setiap solat tanpa khilaf."