Friday, 7 July 2017

Motivasi pagi



Assalamualaikum😊,
Entry kali kita fokus pada bab motivasi sikit..Maklumlah exam dah semakin hampir..
Actually kata-kata👆tak berkaitam exam sangat pun..

      "Pertolongan Allah mungkin datang tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat,
        Tapi yg pasti pada waktu yang sangat-sangat tepat."

Dalam hidup ini memang kita akan selalu diuji n kita juga selalu meminta kepada Pencipta kita untuk menempuhi kehidupan ini..Allah memang sangat-sangat dekat dengan kita dan Allah juga Maha Mendengar walaupun kita tak luahkan..

Kita juga sering kali mempersoalkan ketentuan yang Allah dah tetapkan pada kita. Sebenarnya kita tak sedar yang Allah dah aturkan yang lebih baik, lebih bagus daripada apa yang kita miliki sekarang.
Cuma hikmah daripada ujian itu cepat atau lambat untuk sampai kepada kita.

Kita cuma perlu kukuhkan dalam hati kita bahawa Allah Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Pemurah..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tak bagi setiap apa yang kita mahu tapi Allah akan bagi apa yang kita perlukan supaya kita menjadi hamba-Nya yang beriman. So, Allah akan kabulkan permintaan kita pada waktu yang sesuai sebab Allah Maha Mengetahui.

Walaupun, kadang-kadang kita rasa down sangat-sangat "kenapa Allah tak bagi apa yang aku minta"/"kenapa aku yang kena hadapi semua ini"/"aku tak rancang pun jadi macam ni"..First, tarik nafas dan ingat semua nikmat yang Allah dah bagi n xambil lagi dari kita..Dan sematkan kukuh-kukuh dalam hati:Allah sayang us..juz go on with your life n remember Allah is always with us. Allah never let His servants suffer. Juz remember that! And don't forget to share your problems with someone that you believed😉

Presentation Marketing....

Assalamualaikum..

Sebelum exam mesti kena ad presentation..Selalu nya macam tu lah daripada dulu sampai sekarang sama je..Bila ada presentation mesti kena ada report...rasa nak nangis sgt2 bila kena buat report marketing..Kalau waktu dip dulu kawan sebelah bilik je..seronok buat report walaupun susah sikit😀..Laa ni semua jauh2, then susah nk discuss..Memang cabaran as budak pjj...😢Mengantuk sgt2 tapi tahan je lah..sok ad klas lg,bila lah report ni boleh siap.??

Kt bwh ni ad tjuk pasal yg nk kena siap n submit before week 15..in shaa Allah sempat😐


Doa Untuk Menghadapi Peperiksaan

Alhamdulillah..ada kesempatan untuk update dalam blog ni kejap..

Ok kali ni masih mengenai peperiksaan..Asyik nk upload pasal exam je,..sbb exam dah dekat sgt2 so kena ad persediaan dari segi mental, rohani n jasmani..










Tips Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum😊😊
Bertemu lagi kali ni tapi still in same topic as last entry..Kalau minggu lepas dah kongsi jadual exam jadi hari ni jom lihat tips menghadapi peperiksaan yg telah diambil dr Mr Google😂



EXAM IS AROUND THE CORNER

Assalamualaikum,
 Seram sejuk je bila terbaca tajuk entry kali ni kn? . Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru je masuk belaja and now dah nak final exam....Macam ni lah kalau asyik sibuk je..
Actually, memang xready lg nk exam ni..banyak lagi yang xfaham-faham..Apa-apa pun exam tetap exam.,So juz go through n try to give the best in this exam.😊 Ya Allah, permudahkan lah.

And bawah ni ad kos n waktu exam for next 2 weeks..


Tuesday, 20 June 2017

Keutamaan Malam Lailatul Qadar

10 MALAM TERAKHIR BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kini kita berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Bulan Ramadhan sebagaimana kita sedia maklum merupakan bulan yang diberkati. Allah SWT telah mengkhususkan bulan Ramadhan  daripada bulan-bulan yang lain dengan keutamaan yang agung memiliki pelbagai keistimewaan dan syafaatnya. 

Pada 10 malam terakhir ini, akan ada satu malam di mana pada malam tersebut segala ibadah yang dilakukan seperti membaca al-Quran, berzikir kepada Allah, dan lain-lain ibadah adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.


Saidina Aishah (RA) berkata bahawa Nabi bersabda:  

    Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. 
    (Hadis riwayat Bukhari).

Baginda bersabda:  

“Sesiapa yang sembahyang pada malam Qadar (Lailatul Qadar) dengan penuh keimanan dan harapan untuk mendapat ganjarannya, maka semua dosa-dosa sebelum ini akan diampunkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari AbuHurairah).

Terdapat pelbagai amalan yang dapat dilakukan untuk mengisi  malam-malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini. Diantaranya :

i) Meluangkan masa beribadah kepada Allah SWT seperti qiamullail
ii) Beriktikaf
iii) Amalkan doa khas ini:
 
Saidina Aishah, ra berkata: 
Aku pernah bertanya Rasulullah SWT,
  ‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku     
   ucapkan semasa doa?’

Baginda berkata: 
 “Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ”    
  (Riwayat Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).
iv) Memahami bacaan Al- Quran
v) Berdoa supaya dosa dihapuskan
vi) Amalkan doa yg ikhlas, mendalam dan panjang

Ini hanyalah sebahagian contoh ibadat yang dapat dikerjakan. Semoga anugerah Lailatul Qadr ini dapat kita raih bersama, sehingga mendapatkan keutamaan pahala yang setara (bahkan) melebihi amalan 1000 bulan. Amiin Ya Rabbal 'Alamin.




 


Saturday, 27 May 2017

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



Asssalamualaikum,..
UKM..Salah satu universiti yang terulung di Malaysia n alhamdulillah di sini saya diterima melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda😊😊Bersyukur sgt2 kepada Allah SWT..

Sebenarnya daripada kecil lagi memang ad cita-cita untuk menyambung pengajian di sini dan in shaa Allah kalau ada rezeki memang berminat sangat2 nak berkhidmat di sini..In shaa Allah semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT..Aamiin😊


Friday, 28 April 2017

Assalamualaikum..
Alhamdulillah ad juga sedikit kesempatan utk up date blog ni..Hari ni mari kita tingkatkn ilmu sikit dalam bidang agama (fiqah solat)😊

Tajuk kita hari ni ialah "Berdoa Selepas Solat". Biasanya lepas solat, mesti kita terkejar-kejar nk settle kn byk urusan harian...Namun perkara yg satu ni jgn sesekali kita abaikan..Nak tahu tk kenapa??

Sbenarnya byk hadis yg membicarakan mengenai perkara ni..Antaranya...
  • Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah bersabda: "Wahai Muaz, aku menyayangi mu.Justeru, janganlah kamu tinggalkan berdoa setiap kali selepas solat dengan doa ini:
    • Ya Allah, tolonglah aku utk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadah kepada-Mu".(Riwayat Ahmad)
  • Abu Umamah berkata, seseorang bertanya: "Wahai Rasulullah, bilakah doa yang paling didengari (mustajab)?" Baginda bersabda, "Pada sepertiga akhir malam dan selepas solat fardhu." (Riwayat al-Tirmizi). 
Selain daripada itu, banyak juga ulama berpendapat sunat berdoa selepas solat fardu..
  • Imam al-Tabari memetik kata-kata Jaafar bin Muhammad al-Sadiq: "Berdoa selepas solat fardu lebih baik daripada berdoa selepas solat sunat. Sebagaimana kelebihan solat fardu berbanding solat sunat."
  • Imam al-Nawawi berkata dalam al Majmu': "Sesungguhnya kami telah menyatakan sunat berzikir dan berdoa bagi imam, makmum dan munfarid (berseorangan) iaitu selepas setiap solat tanpa khilaf."
Oleh itu, selepas ini luangkan sedikit masa selepas solat untuk kita berdoa walau sesibuk mana pun urusan kita.. 
 

Monday, 24 April 2017

Assalamualaikum n selamat sejahtera smua😊😊 Hari ni kita throwback skit2 about myself...


UiTM Pahang, Kampus Jengka...satu nama yang agak asing bagi ku pd awalnya..Namun, inilah takdir yg ditetapkn utk ku meneruskan perjalanan ku sbagai seorg student..IPTA pertama aku, di sini lh aku mula belajar kehidupan, berdikari, friendship with all sweet n sad memories..

Liku-liku perjalanan utk menghabiskan program diploma selama 3 tahun dalam bidang sains..byk mengajar ku erti kesabaran, kesungguhan, n never give up in whatever situations u r faced..Masa lapang byk dihabiskn dgn menyiapkan lab report yg xpernah habis, study utk quiz n test, preparations for the next lab adalah rutin setiap minggu bagi kami as student sains..n bila due utk submit report n others work dh dekat,.memang smua kalut..sape yg dh siap nk copy lah, nk compare jwpn lh n so many things..yg jdi mangsa budak2 yg rajin yg dh siapkn awal-awal keje diorang😂

                                             salah satu kerja lapangan utk subjek biologi


 
                                                     one of lecturers bio yg baik sgt😊

                                                       radas exp kimia dh nk cuci

Sekian,.only a little bit throwback about myself during diploma programme😌 Now, i'm officially graduated as diploma student..n in shaa Allah will finish my degree program in several years later..However, all d memories during diploma programmed always be sweet memories for me.😍😍


PUDING GULA HANGUS a.k.a PUDING KARAMEL...



Assalamualaikum n selamat sejahtera semua... Kali ni sy nk share pasal resepi manisan skit...iaitu PUDING GULA HANGUS.Puding ni dinamakn sebagai gula hangus sebab gula tu kita akan masak atas api sampai jadi keperang- perangan bukan hangus eaa..Puding ni simple je nak buat n bahan - bahan pun mudah didapati..sesuai utk semua..
Bahan-bahan yg diperlukan :
6 biji telur ayam saiz sederhana
1 tin susu cair Ideal
1 tin air (guna je tin susu cair tadi)
5 camb. gula pasir
1 camt. esen vanilla
5 camb. tepung jagung
secubit garam - utk menaikkan rasa lemak susu cair td..
Bahan utk gula hangus / karamel :
8 camb. gula pasir
Mula-mula pnaskan air kukusan dulu.
Then, cara utk buat badan puding:
1)Telur ayam pukul hingga sebati je..(jgn pukul sampai kembang eaa)
2)Masukkan gula pasir, susu cair, air, esen vanilla, n garam
3)Dalam bekas yg lain, larutkn tepung jagung dgn sedikit air
4)Apabila tepung jagung dh larut..masukkan larutan itu ke dalam campuran adunan td
5)Kacau semua hingga sebati
6)Apabila adunan telah sebati, boleh lah buat karamel.
-cairkan gula pasir di dalam loyang (gunakan api yg kecil je)..hingga jd perang keemasan.
7)Tuangkan adunan badan puding td ke atas karamel yg telah cair
8)Then, letakkan loyang td ke dalam periuk kukusan perlahan-lahan..
9)Kukus selama 30 minit.
10)Selepas 30 minit, boleh buka penutup periuk n cuba cucuk pd tgh-tgh puding guna btg lidi,.Kalau tiada ap2 yg melekat pd btg lidi brmksud puding dh siap :)
11)Last sekali, telangkupkn puding ke dalam bekas yg besar sedikit.Biarkn puding sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
SEDAP DIHIDANGKAN SEJUK-SEJUK.
.

Motivasi pagi

Assalamualaikum😊, Entry kali kita fokus pada bab motivasi sikit..Maklumlah exam dah semakin hampir.. Actually kata-kata👆tak berkai...