Tuesday, 20 June 2017

Keutamaan Malam Lailatul Qadar

10 MALAM TERAKHIR BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kini kita berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Bulan Ramadhan sebagaimana kita sedia maklum merupakan bulan yang diberkati. Allah SWT telah mengkhususkan bulan Ramadhan  daripada bulan-bulan yang lain dengan keutamaan yang agung memiliki pelbagai keistimewaan dan syafaatnya. 

Pada 10 malam terakhir ini, akan ada satu malam di mana pada malam tersebut segala ibadah yang dilakukan seperti membaca al-Quran, berzikir kepada Allah, dan lain-lain ibadah adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.


Saidina Aishah (RA) berkata bahawa Nabi bersabda:  

    Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. 
    (Hadis riwayat Bukhari).

Baginda bersabda:  

“Sesiapa yang sembahyang pada malam Qadar (Lailatul Qadar) dengan penuh keimanan dan harapan untuk mendapat ganjarannya, maka semua dosa-dosa sebelum ini akan diampunkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari AbuHurairah).

Terdapat pelbagai amalan yang dapat dilakukan untuk mengisi  malam-malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini. Diantaranya :

i) Meluangkan masa beribadah kepada Allah SWT seperti qiamullail
ii) Beriktikaf
iii) Amalkan doa khas ini:
 
Saidina Aishah, ra berkata: 
Aku pernah bertanya Rasulullah SWT,
  ‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku     
   ucapkan semasa doa?’

Baginda berkata: 
 “Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ”    
  (Riwayat Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).
iv) Memahami bacaan Al- Quran
v) Berdoa supaya dosa dihapuskan
vi) Amalkan doa yg ikhlas, mendalam dan panjang

Ini hanyalah sebahagian contoh ibadat yang dapat dikerjakan. Semoga anugerah Lailatul Qadr ini dapat kita raih bersama, sehingga mendapatkan keutamaan pahala yang setara (bahkan) melebihi amalan 1000 bulan. Amiin Ya Rabbal 'Alamin.




 


Motivasi pagi

Assalamualaikum😊, Entry kali kita fokus pada bab motivasi sikit..Maklumlah exam dah semakin hampir.. Actually kata-kata👆tak berkai...